My Dear Blog ,,

Welcome to my dear blog . Be nice here and leave your comment on my tagboard . Sorry if i'm not reply back . Do read do follow . Thank you :DD


MyEm0.ComMyEm0.ComMyEm0.Com


.
MyEm0.Com


MyEm0.Com

Skin by Maniss
Picture from Mr Google
Cinta Mee Segera (bahagian I)
Saturday 10 March 2012 | 6:22:00 pm | 0 comments


assalammualaikum :)

This is our second story..tajuk macam 'gempak' kan ? cerita tak seberape pun..hihi..enjoy your reading ;)




TITLE : Cinta Mee Segera
GENRE : Romantik Komedi
PENULIS : Eyna LANA







Separuh cawan air panas dan sedikit perencah . Kemudian tunggu selama 2minit . Simple kan ? Tidak lama selepas itu , satu aroma menyelerakan akan keluar dan menyusuk ke setiap lubang hidung makhluk-makhluk yang sedang sibuk dengan tugasan masing-masing .

Kelihatan 'minah kepoh' , Munirah Jalak berjalan terkedek-kedek manuju ke arah dapur pejabat . Perutnya tiba-tiba manyeru sesuatu , "lapar , lapar , lapar...." . Semuanya gara-gara terhidu bau aroma mee segera buatan seseorang . Munirah Jalak berhenti di depan muka pintu . Matanya tertinjau-tinjau . Lidahnya terjelir-jelir macam ular tedung yang sedang mencari mangsa . Digosok-gosokkan perutnya berkali-kali . Laparnyaa... "Hoi ! Boleh aku tumpang sekaki ?" , segah Munirah Jalak . Siti Sofeana atau lebih gemar dipanggil Fea , terkejut beruk akibat sergahan Munirah Jalak yang tidak sedar diri itu . 'Meminjam duit orang ! Lepas tu tak reti-reti nak bayar ! Dah nak masuk 2 tahun kot . Sekarang ade hati pulak nak makan mee segera yang lazat ni dengan aku . Memang tak lah ! ' . Siti Sofeana sekadar tersenyum kelat . Dia terus berlalu di hadapan Munirah Jalak dengan semangkuk mee segera yang masih berasap ! Sekali lagi bau aroma itu masuk ke lubang hidung Munirah Jalak . Dia menelan air liur . Siti Sofeana seolah-olah tidak menghiraukan permintaannya . "Hoi Fea ! Kau tak dengar ke aku cakap ? Bagilah sikit mee segera kau tu . Aku lapar lah ." Dengan muka tak malu Munirah Jalak melaungkan suaranya . Siti Sofeana manoleh . Dia menggelengkan kepala . Mee segera semangkuk dikongsi dua orang ? Memang tak lah ! "Ooo..kau kedekut dengan aku ye ? Takpe ! tapi...aku sumpah mee segera tu tak masuk dalam mulut kau !" Semakin lantang suara Munirah Jalak . Siap menyumpah lagi . Siti Sofeana langsung tidak ambil kisah dengan sumpahan Munirah Jalak . Bukan menjadi pun ! Dia sudah biasa sangat mendengar Munirah Jalak menyumpah . Tetapi langsung tidak mendatangkan kesan . Siti Sofeana kembali mengatur langkah . Dia tidak ada masa nak melayan si mulut longkang itu . Kalau minah kepoh tu dah bayar semua hutang aku , jangan katakan semangkuk mee segera , satu tong besar mee segera pun aku boleh hadapkan kat dia !

Tiba-tiba satu insiden yang tidak disangka-sangka berlaku di depan mata Munirah Jalak . Bukan Munirah Jalak saja yang menyaksikannya malah seluruh staf di dalam pejabat itu turut dapat menyaksikan insiden itu . Semuanya bagai dipukau ! Terdiam dan terpaku . Siti Sofeana yang berwajah cantik manis itu kini sudah berubah rupa . Wajahnya bengis umpama singa betina kelaparan ! Semangkuk mee segera terlepas dari tangannya lalu terbalik ke atas lantai dalam keadaan yang begitu sadis . Semuanya angkara seorang lelaki yang tidak dikenali tiba-tiba saja muncul tanpa disedari . Berani sungguh lelaki durjana itu menumpahkan mee segera idamannya . Siap buat muka poyo lagi ! Langsung tak rasa bersalah ! Aaarrrgghhh ! Geramnya aku ! Dengan lagak gaya seperti seorang bos syarikat , lelaki tampan itu selamba saja hendak meninggalkan Siti Sofeana yang sedang memendam pelbagai perasaan . "Weii ! Beraninya kau nak pergi macam tu je ?! " , jerit Siti Sofeana sekuat hati . Dia tidak peduli mata-mata yang sedang memerhatikannya . Apa yang penting sekarang , dia mahu lelaki tidak bertanggungjawab itu melutut meminta ampun kepadanya . Kemudian kutip semula mee segera itu dan masukkan semula ke dalam mangkuk sebagai menghormati kejadian yang menimpa ke atas makanan kegemarannya itu .


-bersambung.......-


Old things | New things