My Dear Blog ,,

Welcome to my dear blog . Be nice here and leave your comment on my tagboard . Sorry if i'm not reply back . Do read do follow . Thank you :DD


MyEm0.ComMyEm0.ComMyEm0.Com


.
MyEm0.Com


MyEm0.Com

Skin by Maniss
Picture from Mr Google
Cinta Mee Segera (bahagian II)
Saturday 17 March 2012 | 3:59:00 pm | 0 comments



Dia menoleh . Memandang Siti Sofeana dengan senyuman sinis . Sejenak , wajah jelita Siti Sofeana ditenung . ' Cantik ! Tapi sayang...suaranya tak boleh di'control' . Makan pulak 'benda pelik' tu . Makanan yang paling aku benci kat atas muka bumi ni ! Memang patut lah benda tu jatuh di tempat yang sepatutnya . Kalau terkena baju aku tadi terpaksa lah aku buang baju ni . Harap bakal isteri aku bukan jenis yang macam ni . Simpang malaikat 44 ! ' . " Aku tak nampak tadi " . Suaranya bersahaja . Muka ? Takde perasaan langsung ! . " What ? Tak nampak ? Woi ! Ape guna kau pakai cermin mata ha ?! Kalau perempuan cantik macam aku ni pun kau tak nampak ? Aku rase lebih elok kalau cermin mata kau tu , kau pakai kat belakang je . Maybe kau boleh nampak kot ? " . Siti Sofeana ketawa besar . Puas rasanya bila dapat mentertawakan orang yang menyakiti hatinya . Rasa puas macam dapat mencekik semangkuk mee segera . HAHAHA ! . " Kau ade masalah ke ? Nak aku bawak kau pergi jumpe doktor ? Klinik depan tu je " . Terus berubah muka Siti Sofeana . Merah dan bulat matanya bak biji saga . Air liur ditelan terasa pahit mengalir ke tekak . ' Kurang ajar punya jantan ! Tak sayang mulut agaknya ! ' . " Memang aku ade masalah . Tapi kau takyah susah-susah nak bawak aku pergi jumpa doktor . Ubatnya senang aje . Kau melutut depan aku , then minta maaf sekarang jugak ! " , tengking Siti Sofeana . Semua kakitangan syarikat bagaikan patung . Termasuk lah Munirah Jalak . Hanya melihat dan mendengar . " For what ? " . " Untuk mee segera aku ! " . " Excuse me...benda tu takde maknanya bagi aku . Cuma sampah ! Kalau kau tak dengar aku boleh ulang sekali lagi . S.A.M.P.A.H. sampah ! " . Jerkah lelaki itu tanpa memikirkan nasib dirinya selepas ini . Siti Sofeana sudah hilang kesabaran . Bagaikan halilintar , tanpa diduga-duga satu penumbuk padu hinggap ke muka lelaki itu . Semua mata terbeliak memandang dengan mulut ternganga . Tiada siapa menyangka , Siti Sofeana begitu berani melepaskan tumbukan ke muka bos baru mereka , Tuan Danish Haqeem !

Lepas kejadian itu , Siti Sofeana dipecat serta-merta . Sudah hampir seminggu dia terperuk di rumah . Sehingga lah pada malam minggu itu , satu rombongan meminang telah tiba ti rumahnya . Satu perkahwinan yang dirancang oleh keluarga . Dia tidak pernah mengenali siapa bakal suaminya . Tetapi menurut cerita dari ibu dan bapanya , mereka telah ditunangkan sejak dari bayi lagi . Dasyat gile ! Tapi tak kisah lah . Kahwin pun kahwin lah . Takyah susah-susah nak cari kerja lagi . Daripada terperap kat rumah , lebih bagus kalau dia jadi suri rumah sepenuh masa . Jaga suami dan anak-anak . Cewaahhh !

Ketika dia dalam keadaan yang tersipu-sipu malu apabila berhadapan dengan bakal suami dan bakal mertuanya , tiba-tiba sahaja dia rasa seperti ada yang tidak kena . Dia memandang wajah lelaki handsome di hadapannya dengan penuh teliti . ' Macam kenal ? Tapi.....memang kenal ! Arghhh ! Tidaakkk ! Ini lah mamat poyo yang tumpahkan mee segera aku hari tu . Dan ini lah jugak lelaki gila yang pecat aku sampai aku hilang kerja . Memang tak syak lagi ! Dialah orangnya ' . Kesan lebam dihujung bibirnya masih jelas kelihatan . Gara-gara terkena penumbuk sulung Siti Sofeana . Dan sekarang , perempuan yang pernah mencederakannya bakal menjadi isterinya pula ? Ah ! Memang teruk !

Danish Haqeem dan Siti Sofeana saling berpandangan . Bertentang mata bagaikan pasangan yang saling mencintai . Tapi pada hakikatnya pandangan itu penuh dengan api kemarahan terlampau ! . " Apa pandang-pandang lagi tu ? Cepat lah salam " . Makcik Odah , ibu kepada puteri mee segera itu memberi arahan . Siti Sofeana dan Danish Haqeem serentak bangun dari sofa tetapi pandangan mata mereka tetap tidak terarah ke tempat lain . Saling tikam-menikam ! Kemudian berdiri dalam kedudukan yang lebih rapat . " Kau.. ! " . " Kau.. ! " . Kedua-duanya saling menundingkan jari antara satu sama lain . " Tuiiihhh !! " . " Tuiiihhh !! " . Itu lah isyarat kebencian ! Sama-sama meludah , sama-sama memalingkan muka . Makcik Odah , Pakcik Saleh , Makcik Imah dan Pakcik Mail tersentap melihat gelagat kedua pasangan itu yang memang tidak dijangkakan . Siti Sofeana dan Danish Haqeem kembali dengan pandangan berapi-api . " Kau ingat aku nak sangat kau jadi laki aku ! Daripada aku kahwin dengan kau , lebih baik aku kahwin dengan beruk dalam hutan . Sengal ! " . " HAHAHA ! Kau memang layak kahwin dengan beruk . Sebab kau dengan beruk memang ade chemistry pun . Ape kau ingat aku ni teringin sangat lah nak kau jadi bini aku ? Daripada aku kahwin dengan kau , lebih baik aku kahwin dengan perempuan gila kat bawah jambatan ! " . " HAHAHA ! Memang cantik lah . Lelaki gila dengan perempuan gila ! HAHAHA ! " . " Woi ! Kau diam boleh tak ?! "

-bersambung.........-


Old things | New things