My Dear Blog ,,

Welcome to my dear blog . Be nice here and leave your comment on my tagboard . Sorry if i'm not reply back . Do read do follow . Thank you :DD


MyEm0.ComMyEm0.ComMyEm0.Com


.
MyEm0.Com


MyEm0.Com

Skin by Maniss
Picture from Mr Google
Cinta Mee Segera (bahagian III)
Saturday 31 March 2012 | 10:31:00 am | 0 comments

Walaupun malam itu berakhir dalam suasana yang tegang , namun selepas seminggu kedua-duanya berjaya disatukan oleh keluarga masing-masing . Tiada syarat , tiada bantahan . Sudah sebulan Danish Haqeem dan Siti Sofeana manjalani kehidupan sebagai pasangan suami isteri . Namun tiada apa-apa yang berubah . Kemarahan dan kebencian tetap berlaku apabila kedua-duanya bertembung . Dan selama sebulan itu juga Siti Sofeana menghidangkan mee segera untuk suaminya yang 'tersayang' ! Tapi memang tak la si Danish Haqeem tu nak sentuh . Jeling pun idak ! Malang betul dirasakan bila dapat isteri yang hanya tahu masak mee segera saja . Lain-lain masakan jangan haraplah ! Rasa meluat dan nak termuntah apabila bau aroma mee segera itu berlegar-legar di segenap ruang rumahnya . Untuk mengalas perut , dia terpaksa mencari di luar . Hanya itu pilihan yang dia ada bagi mengelak dari menghadap mee segera yang membencikan itu . Huh !

Malam itu hujan memang lebat selebat-lebatnya ! Petir , kilat sabung-menyabung . Berdentam-dentum sana sini . Bagai nak pecah dinding rumah dibuatnya . Malam tu juga perutnya terasa begitu lapar . Berkeroncong menyanyi-nyanyi lagu irama tidak tentu arah . Dia cuba mengintai dalam peti sejuk . Cuma ada beberapa biji buah limau dan air kotak berperisa coklat . Ah ! Membosankan ! Dia menghempas tubuhnya di atas sofa . Kemudian pasang tv . Tetapi perutnya masih berkeroncong minta diisi . Nak cari makanan di luar , memang tak dapat la . Hujan kat luar tu macam taknak berenti aje . Dia memandang muka isterinya yang cantik itu dalam jarak tidak berapa nak jauh . Berselera betul Siti Sofeana menikmati semangkuk mee segera . Lebih-lebih lagi dalam keadaan hujan lebat ni .
" Apa yang sedap sangat dengan benda pelik tu eh ? " teguran suaminya menghentikan suapan mee segera yang sudah hampir masuk ke dalam mulutnya . Dia memandang muka Danish Haqeem dengan dahi berkerut .
" Kau cakap dengan aku ke ? "
" Tak lah . Aku bercakap dengan beruk yang tengah makan benda pelik tu ! "
" Hoi ! Kau ni kalau tak cari pasal dengan aku sehari tak boleh ke ? Yang kau benci sangat dengan mee segera ni apasal ? Kau ade sejarah silam ke dengan mee segera yang kau panggil 'benda pelik' ni ?! "
Kempas-kempis lubang hidung Siti Sofeana menahan rasa marah yang teramat sangat . Dia tak kisah kalau dirinya dihina . Tetapi jangan mee segera !
" Aku memang terlalu benci dengan benda pelik tu . Nak kata sedap , tak lah sedap sangat ! "
" Hah ! Maknanye kau pernah rasa lah 'benda pelik' ni kan ? "
" Aku tak pernah rasa . Aku cuma agak je . Benda tu memang tak sedap . Kenyangnya pun tak akan tahan lama . Dan lagi satu benda tu boleh melemahkan otak kita . Boleh jadikan kita 'bodoh' dan tak betul ! "
" Teori siapa yang kau pakai ni ha ? Dah bertahun-tahun aku makan tapi aku rasa otak aku ni lebih bagus dari pakar psikologi tau ! " Siti Sofeana naikkan muka angkuh . Dia takkan biar lelaki itu memperkecil-kecilkan mee segeranya .
" Whatever lah ! Tapi aku tetap tak minat . Apa kata kau masakan sesuatu untuk aku selain dari benda pelik tu . Sebab aku tengah lapar giler ni . "
" Sorry . Aku tak tahu masak benda lain selain dari mee segera . "
" Kau ni bini jenis ape ? Setakat tau masak benda pelik tu aje yang kau boleh buat . Aku memang tak faham , kenapa lah aku kena kahwin dengan perempuan macam kau ? " bentak Danish Haqeem seolah-olah rasa hilang seluruh kesabarannya yang ditahan selama ini . Siti Sofeana tetap bermuka selamba . Tak heran pun lah !
" Okay ! Malam ni aku cabar kau makan mee segera ni . Tolong habiskan semangkuk ni . Dan sebagai balasan , aku janji , mulai esok aku akan belajar memasak . Dan aku akan masak apa saje makanan kegemaran kau . Setuju ? "
" Kau nak aku makan 'benda pelik' tu ? Tak tak ! Aku tak akan makan ! "
" Okay..terpulang . Aku dah mengantuk . So , aku masuk tidur dulu . Good night ! Jangan lupa habiskan mee segera tu . " sempat lagi Siti Sofeana memberi pesanan sebelum hilang dari pandangan Danish Haqeem .

Perutnya terus berkeroncong . Dia tidak boleh nak bertahan lagi . Matanya sudah menjeling-jeling ke arah mangkuk mee segera yang masih panas berasap di atas meja makan . Langkah diatur dalam keterpaksaan . Mee segera kini berada di depan mata . Tangannya teragak-agak mencapai garfu . Sepantas kilat dia menghirup mee segera itu dengan begitu lahap sekali . Akibat kelaparan yang teramat , Danish Haqeem lupa itu adalah makanan yang paling dibencinya . Selepas 'mencekik' semangkuk mee segera , dia sendawa besar . Macam lembu nak terberanak ! ' Ah..kenyangnya.. ' Tiba-tiba dia rasa sesuatu . Rasa sesuatu berlainan pada mee segera masakan isterinya . Rasa kasih , rasa cinta , rasa sayang . Ya ! perasaan yang tak pernah dirasa sebelum ini . Dia merasakan inilah makanan terbaik yang pernah dirasanya .

Siti Sofeana bangun lebih awal dari biasa . Dia tidak sabar untuk melihat mangkuk mee segera di atas meja makan . Masih beisi atau sudah habis dimakan ? Ternyata wajahnya berubah . Ada senyuman bermakna terukir dibibirnya . Dan terdapat sekeping nota yang terselit di tepi mangkuk yang ditinggalkan oleh Danish Haqeem .

" Thanks sayang..Mee segera tu memang best ! Pedas tapi lazat..Yang penting , orang yang memasaknya mempunyai hati yang tulus dan penuh rasa cinta..Mulai hari ini abang tak akan marah lagi kalau Fea makan mee segera..SUMPAH ! <3 "

Seminggu selepas itu.............

Siti Sofeana sudah belajar memasak pelbagai jenis lauk-pauk . Itu pun atas usaha dan tunjuk ajar daripada ibu mertuanya . Malah Siti Sofeana juga sudah tahu memasak masakan kegemaran Danish Haqeem . Ketika pandangannya jatuh ke wajah Danish Haqeem yang kelesuan selepas pulang dari kerja dan bersandar di sofa , dia menghampiri lelaki itu bersama segelas air kosong di tangannya .

Danish Haqeem menyambut gelas beisi air itu yang dihulurkan oleh isterinya .
" Fea dah masak ke belum ? "
" Belum . Tapi bahan dah siap . Cuma tinggal nak masak aje . " kata Siti Sofeana sambil tersenyum manis .
" Tapi abang dah lapar lah . Fea tolong masakkan sesuatu yang cepat dan sedap boleh ? " pinta Danish Haqeem selepas meneguk segelas air kosong .
" Kalau macam tu mee segera lah ! Mee segera cepat dan sedap . Abang cuma perlu tunggu dua minit aje . "
Danish Haqeem diam sekejap .
" Macam mana Tuan Danish ? Boleh ? "
" Ermm...okay ! Abang rasa 'benda pelik' tu okey jugak ! "
" Apa ? Benda pelik ?! Dia ade nama tau tak ?! "
" Oh , yeke ? Apa nama dia ? " Danish Haqeem sengaja mengusik .
" Mee segera lah ! "
" Oh , mee segera..boleh abang tambah lagi sikit nama dia ? "
" Nak tambah ape ? "
" Cinta mee segera . " ujar Danish Haqeem sambil tersenyum meleret . Siti Sofeana mengangguk setuju .
" Okey jugak nama tu . Lebih lazat dan lebih pedas ! " sokong Siti Sofeana . Kedua-dua pasangan itu tergelak bahagia . Akhirnya mee segera telah berjaya menyatukan dua jiwa menjadi satu hati .

XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXTAMATXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX



Old things