My Dear Blog ,,

Welcome to my dear blog . Be nice here and leave your comment on my tagboard . Sorry if i'm not reply back . Do read do follow . Thank you :DD


MyEm0.ComMyEm0.ComMyEm0.Com


.
MyEm0.Com


MyEm0.Com

Skin by Maniss
Picture from Mr Google
Yassin Untuk Abah - " hilangnya seorang jaguh pemikat serindit "
Monday 5 March 2012 | 2:32:00 pm | 0 comments
        Siapa tak kenal abah ? Sebut saja ' Shaat Serindit ' satu Felda Mayam kenal . Nama abah begitu gah di kawasan yang agak terpencil itu . Selain  memikat burung serindit abah juga pandai mereka perangkap burung tersebut yang dipanggil ' sangkar jebak ' . Pagi itu wajah abah ceria dan penuh keyakinan . Bermodalkan motorsikal honda , nasi gula , beberapa biji kelapa sawit dan sangkar jebak , abah menyusuri jalan raya lalu merentasi ladang dan belukar . Ikrar abah untuk mendapatkan serindit berdada merah untuk dijadikan 'denak' bagi memikat serindit yang lain . Tali dipasang pada pokok . Kemudian sangkar jebak dinaikkan . Beberapa minit abah menanti penuh sabar . Hujan , panas , ribut atau petir abah tak hiraukan . Akhirnya doa abah dimakbulkan apabila seekor burung serindit hijau memasuki perangkap . Hanya senyuman kelak terukir dibibir abah . Abah sememangnya mengharapkan burung serindit berdada merah kerana burung tersebut dikatakan mempunyai aura yang kuat untuk memikat burung serindit yang lain . Tetapi abah tetap bersyukur meskipun hanya serindit berbulu hijau . Keesokkan harinya abah ke tempat semalam lagi . Sambil menguruskan ladang kelapa sawit , sekali sekala abah menjengah perangkap burung serinditnya . Sehinggalah hari hampir senja , namun penantiaan abah tetap tidah berhasil . "Tak apelah . Esok masih ade , " kata abah dgn semangat yang berkobar-kobar . Beberapa hari telah berlalu namun penantian abah masih belum tercapai . Akhirnya abah memutuskan untuk mengasuh burung serindit yang dijadikan denak itu cara-cara berbunyi untuk memikat . Abah meletakkan dua jari ke hujung mulut . Kemudian mangeluarkan bunyi seakan-akan  burung sedang bersiul . Ternyata burung serindit itu mudah diajar . Ia mengikut setiap rentak bunyi yang abah lakukan . Setelah tamat sesi latihan  abah kembali semula dgn azam yg baru . Dan penantian abah berakhir setelah abah berjaya mendapatkan seekor burung serindit berdada merah . "Inilah raja serindit yang aku tunggu ! " . Abah pulang dengan wajah yang ceria dan senyuman yang lebar . Dengan megah abah menunjukkan burung tersebut pada emak dan kami semua . Gembiranya abah ketika itu hanya Tuhan saja yang tahu . Setelah berpindah ke Bandar Sungai Buaya , abah masih lagi memegang hobi yng sama tetapi tidak seaktif dulu . Sehinggalah pada satu saat , abah terpaksa meninggalkan hobi itu atas nasihat emak . Burung juga mempunyai keluarga dan biarlah ia hidup bebas seperti burung-burung yg lain .
       Kini semuanya tinggal kenangan . Tanggal 5 januari 2012 abah pergi meninggalkan kami semua untuk selama-lamanya . Abah telah pergi menghadap Illahi . Kami reda akan takdir yg telah ditentukan olehNya . Hanya doa  dan air mata mengiringi pemergian abah . Apa yang mampu kami berikan hanyalah Yassin untuk abah sebagai pengubat rindu kepada abah . Semoga roh abah sentiasa dicucuri rahmat . Aminn .                    


Old things | New things